Saturday, January 17, 2009

Kenangan D Muzium Perang Melaka


Wah-wah naik jeep nak g mana tu ... jangan rasa semua kita dapat hari ini akan kekal menjadi milik kita selama-lamanya

Salam Buat Bloger


Kaunseling Kelompok

Jenis-Jenis Kelompok
Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1986), terdapat enam jenis kelompok iaitu :

1. Kelompok kaunseling
Kelompok kaunseling ialah satu kelompok yang dilihat sebagai proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman dalam kelompok sebagai penggalak perkembangan diri ahli. Kaunseling kelompok memfokuskan aktiviti kepada kaedah menolong ahli untuk mengatasi kebimbangan biasa yang dihadapi sehari-hari. Aktiviti mungkin tertumpu kepada pembetulan tingkahlaku, membina kemahiran perhubungan di antara individu, membuat keputusan, membina sikap dan nilai yang sihat.

2. Kelompok bimbingan atau psychoeducational
Kelompok ini diertikan sebagai aktiviti kumpulan yang memfokuskan kepada menyedia dan menyebar maklumat melalui aktiviti kumpulan yang terancang. Kelompok ini merupakan yang paling awak terbentuk. Brown,1997 dalam Zuraidah Abdul Rahman (1999) mengatakan ’psychoeducational group work emphasizes using education methods to acquire information and develop related meaning and skills’. Contohnya mengadakan orientasi pelajar baru, penjelajahan kerjaya, melawat institusi pendidikan tinggi dan memberi maklumat pengajian tinggi. Menurut Gazda (1978) dalam Zuraidah Abdul Rahman (1999), kelompok bimbingan diatur untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah. Tujuannya boleh berbentuk Pendidikan, vokasional, peribadi dan kerjaya dengan tujuan memberi maklumat yang tepat supaya ahli dapat membuat perancangan dan keputusan yang wajar.

3. Kelompok Terapi
Kelompok ini menyediakan pengalaman-pengalaman yang mendalam yang melibatkan emosi, penyesuaian diri dan masalah-masalah yang memerlukan pembinaan kembali personaliti. Kelompok ini bertujuan menyembuh dan juga memulih, dari segi jangkamasanya ia mengambil masa yang lebih lama kerana masalah yang dibincangkan adalah berbentuk peribadi yang mendesak, mendalam dan runcing. Bilangan ahlinya adalah terhad iaitu antara 3-12 orang (Gladding,1999 dalam Zuraidah (1999). Kaunselor yang mengendalikan sesi terdiri daripada pakar yang mahir dalam kesihatan mental seperti psikiatris. Ahli-ahli kelompok jenis ini terdiri daripada individu yang menjadi mangsa-mangsa yang teraniaya dari segi fizikal, seksual dan mental atau individu yang menganiaya seperti perogol, pendera dan individu yang ganas.

4 . Kelompok hybrid
Kelompok ini diterangkan oleh Gladding (1999) dalam Zuraidah (1999) sebagai satu lagi jenis kelompok yang tidak dapat ditentukan secara khas seperti kelompok-kelompok lain. Kelompok ini dipanggil sebagai kelompok hybrid kerana ianya menggabungkan pelbagai strategi dan berubah-ubah penekanannya semasa kelompok berjalan. Misalnya kelompok menjadi kelompok teraputik tetapi bersifat memberi arahan dan nasihat, contohnya kelompok sokongan (kelompok pesakit kanser, kelompok ibu tunggal) dan kelompok bantu diri (kelompok mengawal harga barangan/price watch group). Kelompok hybrid ini mempunyai matlamat dan focus khas dengan ahlinya terdiri daripada individu yang berkongsi pengalaman, masalah, penyakit atau situasi yang serupa. Kelompok ini ditubuhkan hasil daripada kesedaran dan komitmen seseorang yang sedar, komited atau berada dalam keadaan tersebut. Penubuhan kelompok ini biasanya tidak formal dan diformalkan setelah ramai menjadi ahli dan mula mendapat sokongan. Banyak kelompok jenis ini merupakan badan bukan kerajaan (non governmental bodies)

1.1 Kelompok mendesak (pressure group) juga termasuk dalam kumpulan ini. Matlamat kelompok ini baisanya berbentuk political dan tekanan social antaranya mendesak pihak berkuasa untuk bertindak terhadap sesuatu isu seperti isu keselamatan, alam sekitar atau kebersihan. Pergerakan kelompok ini juga melalui kempen dan memungut seberapa banyak tandatangan sebagai tanda sokongan yang diterima dan menuntut pihak kerajaan akur kepada tuntutan mereka.

1.2 Kelompok tugas (task group) pula ada pelbagai jenis, ianya terpulang kepada jenis tugas yang perlu disempurnakan. Kelompok ini menitikberatkan penyempurnaan sesuatu tugas atau objektif serta bekerjasama dalam kumpulan. Fokus utama kelompok ini bukanlah untuk mengubah tingkahlaku ahli, tetapi untuk menyiapkan tugas yang diberi. Kejayaan kelompok ini bergantung kepada dinamika kelompok itu seperti interaksi yang timbul antara ahli dengan ketua untuk menyempurnakan tugasan sebaik mungkin.

5. Kelompok T
Diambil namanya sempena perkataan training yang bermaksud latihan. Kelompok T lebih berorientasikan tugas serta menumpukan perhatian kepada bagaimana kelompok itu berfungsi dan seterusnya mendidik peserta bagaimana menjadi ahli kelompok yang baik. Dalam kelompok T ini, ahli-ahlinya menjadi lebih bertanggungjawab terhadap apa yang mereka pelajari dan bagaimana mereka belajar. Pengalaman belajar inilah yang menjadikan semua ahli lebih sedar akan tugas dan tanggungjawab masing-masing kepada ahli lain. Mereka juga belajar bagaimana manusia itu berfungsi dengan sebaik-baiknya dalam kelompok serta mengetahui pula tingkah laku masing-masing di dalam kelompok. Kelompok T memberi penekanan terhadap sikap jujur, maklumbalas, pernyataan kendiri, tidak dingin dan ahli yang memerhatikan. Maklum balas memberi peluang membuat penyemakan terhadap ahli kelompok lain untuk memperlihatkan kesalahan dan mengurangkan persepsi yang tidak betul. Pengalaman begini akan membantu mereka menghadapi cabaran-cabaran disamping bersikap lebih terbuka, jujur, menjadikan mereka rasional kembali.

6. Kelompok Pertemuan
Dikenali juga sebagai kelompok kepekaan. Ada juga yang menggelarnya sebagai kelompok pertumbuhan peribadi. Ia memusatkan kepada perluasan kesedaran diri secara peribadi serta perkembangan potensi individu. Dalam kehidupan sehari-hari, kelompok pertemuan ini wujud dan diaplikasikan dalam semua pertubuhan dan persatuan. Secara teknikalnya kelompok ini adalah lanjutan daripada kelompok T. Namun begitu, ia dikatakan lebih menekankan kepada dalaman diri iaitu penekanan terhadap individu sahaja dan bukan kepada kemajuan kelonpok.